Lima nelayan warga asing ditahan

Lima nelayan warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.
Lima nelayan warga asing ditahan untuk siasatan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN - Lima nelayan warga asing ditahan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah ketika ditahan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang petang semalam.

Mereka ditahan bersama sebuah bot nelayan tempatan kelas C di jarak kira-kira 0.8 batu nautika dari Tenggara Teluk Tempoyak.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot berkenaan ditahan pada jam 7 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, seorang tekong warga Myanmar berusia 47 tahun bersama empat orang awak-awak berada dalam bot tersebut.

"Tekong dan salah seorang awak-awak adalah warga Myanmar manakala selebihnya warga Thailand. Kesemua mereka berusia lingkungan 24 hingga 30 tahun.

"Kesemuanya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran serta gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Kita menyita bot berkenaan bersama dua pukat tunda gulung, ikan campur dan ikan baja masing-masing anggaran berat 2,000 kilogram (kg). Kesemua tahanan dan rampasan dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Saya ingin mengingatkan agar Komuniti Maritim Pulau Pinang bekerjasama dengan kami dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti menyalahi undang-undang di laut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!