Martin pasang impian bergelar juara dunia

Martin (kiri) muncul juara GP Styria di Red Bull Ring.
Martin (kiri) muncul juara GP Styria di Red Bull Ring.
A
A
A

PELUMBA Ducati-Pramac, Jorge Martin memasang impian untuk bergelar juara dunia MotoGP selepas memenangi perlumbaan pertamanya dalam Grand Prix Styria di Red Bull Ring, Austria pada Ahad.

Menurutnya, kemenangan itu merupakan langkah pertamanya dan akan memberikan motivasi tambahan dalam misi untuk bergelar juara dunia dalam saingan MotoGP.

"Saya tidak percaya sebab itu saya tidak terlalu teruja ketika memenangi GP Styria ini. Saingan kali ini sangat hebat, Saya mengekalkan rentak dan fokus untuk meraih kejuaraan ini.

"Walaupun saya ada buat sedikit kesilpan, sasaran saya adalah untuk menang perlumbaan. Joan (Mir) juga tampil baik dan sentiasa mengekori saya sepanjang perlumbaan ini.

"Namun, pada pusingan terakhir saya cuba beraksi lebih dan berjaya menjarakkan ruang dengan Joan. Terima kasih kepada semua pihak dan ini langkah pertama saya untuk menjadi juara dunia," katanya.

Martin menamatkan saingan di di depan rakan senegara yang juga juara bertahan dari Sepanyol, Joan Mir bersama jentera Suzuki manakala tempat ketiga milik pelumba Yamaha, Fabio Quartararo.

Perlumbaan yang berlangsung selepas MotoGP berehat untuk tempoh sebulan itu hadir dengan pelbagai insiden termasuk perlumbaan yang terpaksa dimulakan kembali selepas jentera KTM penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa dan wakil Aprilia, Lorenzo Savadori terbakar di tengah litar pada pusingan ketiga.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!