7 pengusaha operator gudang buat perjanjian kartel didenda RM1.04 juta

Seramai tujuh pengusaha operator gudang dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), berjumlah RM1.04 juta kerana terlibat dalam kartel penetapan harga perkhidmatan pengendalian muatan panjang dan muatan berat kargo import eksport di Pelabuhan Klang.- Gambar hiasan
Seramai tujuh pengusaha operator gudang dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), berjumlah RM1.04 juta kerana terlibat dalam kartel penetapan harga perkhidmatan pengendalian muatan panjang dan muatan berat kargo import eksport di Pelabuhan Klang.- Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh pengusaha operator gudang dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), berjumlah RM1.04 juta kerana terlibat dalam kartel penetapan harga perkhidmatan pengendalian muatan panjang dan muatan berat kargo import eksport di Pelabuhan Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, mereka ialah SAL Agencies Sdn Bhd, WCS Warehousing Sdn Bhd, Regional Synergy (M) Sdn Bhd, Intrexim Sdn Bhd, Pioneerpac Sdn Bhd, Prima Warehousing Sdn Bhd dan Interocean Warehousing Services Sdn Bhd.

Menurutnya, MyCC mengenakan penalti kepada mereka berjumlah RM26,363.03 sehingga RM336,369.13.

"Semasa serbuan terhadap operator-operator terbabit, MyCC mendapati mereka berbincang melalui aplikasi WhatsApp, untuk menetapkan surcaj, sedangkan mengetahui bahawa mereka adalah pesaing di dalam pasaran perkhidmatan gudang.

"MyCC turut mendapati mereka membentuk suatu perjanjian kartel melalui dokumen 'Memorandum Surcaj' bertarikh 22 Mei 2017,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menerusi memorandum itu beliau berkata, semua operator terbabit bersetuju untuk mengenakan harga yang dipersetujui mulai 1 Jun 2017.

Katanya, jelas berlaku pelanggaran di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 yang mana kartel penetapan harga dianggap sebagai pelanggaran yang amat serius di bawah undang-undang persaingan.

"Semua agensi persaingan di dunia mempunyai pandangan yang sama termasuk MyCC, maka MyCC amat mengutamakan penyiasatan dan menetapkan hukuman yang setimpal terhadap perjanjian antipersaingan, terutama kartel penetapan harga dan kuota, perjanjian pembahagian pelanggan atau kawasan dan tipuan bida.

Artikel Berkaitan:

"Pelaku kartel ini, secara harfiahnya, mencuri wang daripada poket peniaga dan pengguna," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!