Pemandu treler mengadu sesak nafas sebelum meninggal dunia

Mangsa disahkan meninggal dunia di dalam treler. - Foto ihsan polis
Mangsa disahkan meninggal dunia di dalam treler. - Foto ihsan polis
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang pemandu treler ditemui meninggal dunia dalam kenderaan itu yang diparkir di bahu jalan dalam kejadian di Kampung Tok Gebuk Ajil, Kuala Berang, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pemandu treler dikenali sebagai Wan Mohd Rudi Wan Yusoff, 34, itu dikatakan tidak bangun daripada tidur sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang ke lokasi berkenaan.

Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud
Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud

"Difahamkan sebelum ini mangsa dan kelindannya yang dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ada mengadu sesak nafas.

"Kira-kira jam 2 pagi, mangsa berhenti di lokasi tersebut untuk menukar tayar treler dipandunya untuk meneruskan perjalanan ke Aring, Kelantan. Difahamkan selesai melakukan kerja-kerja menukar tayar tersebut, mangsa yang mungkin keletihan terlelap dalam treler tetapi tidak bergerak ketika dikejutkan kelindannya," kata beliau dalam amam

Bomba tiba selepas menerima maklumat seorang pemandu tidak sedarkan di dalam treler dipandunya. - Foto ihsan polis
Bomba tiba selepas menerima maklumat seorang pemandu tidak sedarkan di dalam treler dipandunya. - Foto ihsan polis

Mohd Adli berkata, kelindan tersebut terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk ujian calitan Covid-19 dan bedah siasat sementara kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!