PN Klang biaya kos pengebumian mangsa Covid-19 kaum India

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) Klang membiayai sebahagian kos pengebumian 50 keluarga kaum India yang mempunyai kesukaran kewangan dalam menguruskan proses pengebumian ahli keluarga yang maut akibat Covid-19.

Penyelaras Parlimennya, Nallan Dhanabalan berkata, inisiatif itu dilakukan dengan kerjasama Klang Indian Funeral Services.

Menurut beliau, ketika ini berlaku masalah kelewatan proses pengebumian berikutan kes kematian yang tinggi akibat wabak Covid-19.

"Langkah ini diambil bagi tujuan meringankan beban keluarga mangsa yang terpaksa menanggung kos pengebumian yang tinggi ketika waktu pandemik," katanya dalam satu kenyataan,pada Isnin.

Kenyataan media PN Klang pada Isnin.
Kenyataan media PN Klang pada Isnin.

Nallan berkata, menerusi bantuan bernilai kira-kira RM20,000 itu diharap dapat membantu keluarga tidak berkemampuan.

"Kami di PN Klang sentiasa memahami kesusahan dihadapi rakyat khasnya golongan rentan dan golongan B40 yang menerima impak terus pandemik hari ini.

"Kami sedaya upaya mencari jalan penyelesaian demi kebajikan dan keselesaan warga Klang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, katanya, pihaknya menzahirkan rasa dukacita di atas ujian yang menimpa keluarga mangsa Covid-19.

"Kami juga mendoakan agar keluarga terlibat diberi ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi kesulitan ini," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!