Sambutan Ma`al Hijrah Peringkat Kebangsaan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (dua, kanan) bergambar kenangan bersama Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan yang mewakili Setiausaha Agung Rabitah Al-‘Alam Al-Islamiy Makkah Al-Mukarramah yang juga Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi As-Syeikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa selepas diumumkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Antarabangsa pada Sambutan Ma`al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2021M di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin malam ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengaminkan Doa Awal Tahun Hijrah pada Sambutan Ma`al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2021M di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin malam ini.
Titah Perutusan Khas oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditayang pada skrin semasa Sambutan Ma`al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2021M yang dihadiri Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!