'Ulangi kaedah sama harap hasil berbeza sia-sia'

 Datuk Seri Amirudin Shari
Datuk Seri Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengajak umat Islam mempersiapkan diri mendepani cabaran zaman serta menyedari mengulangi kaedah sama dengan mengharapkan hasil yang berbeza merupakan perkara sia-sia.

Beliau berkata, inti pati daripada peristiwa awal umat Islam di Makkah yang tertindas sehinggalah penghijrahan mereka ke Madinah menjadi pengajaran untuk masyarakat hari ini berubah.

“Dari zaman ke zaman, peristiwa ini sering menjadi panduan spiritual bagi mana-mana gerakan Islam dan iktibar untuk umat Islam amnya.

"Banyak yang dapat dipelajari, sama ada yang tersurat dan tersirat, daripada perincian persediaan, ketabahan dalam menghadapi derita yang merudung serta mesej-mesej yang didasari rasa kebertanggungjawaban untuk membawa keluar umat manusia dari kegelapan menuju cahaya, min Adzulumat ila Nur," katanya menerusi perutusan Maal Hijrah 1443H pada Isnin malam.

Dalam pada itu, beliau berkata, sambutan Maal Hijrah kali ini bersamaan dengan peristiwa penting negara iaitu Hari Kebangsaan yang akan diraikan pada 31 Ogos ini.

“Sepertimana ikoniknya peristiwa kemerdekaan Tanah Melayu daripada Portugis, Inggeris dan Jepun yang kemudiannya bergabung bersama wilayah Sabah dan Sarawak dan menjadi Malaysia, begitulah pentingnya peristiwa hijrah ini buat umat Islam seluruhnya,” katanya.

Amirudin turut mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam terutama di negeri ini dengan harapan masyarakat bersedia berubah ke arah yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!