NCCIM lantik Kian Chuan sebagai presiden baharu

Low Kian Chuan. - Foto Bernama
Low Kian Chuan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) telah melantik Datuk Low Kian Chuan sebagai presiden baharunya, berkuat kuasa Isnin, menggantikan Tan Sri Ter Leong Yap.

Kian Chuan juga merupakan presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), demikian menurut NCCIM dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

NCCIM adalah sebuah persekutuan lima pertubuhan perdagangan kebangsaan iaitu ACCCIM, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan dan Industri India Bersekutu Malaysia, Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia dan Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: