Djokovic tidak ke Cincinnati
PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic mengesahkan menarik diri dari kejuaraan Terbuka Western & Southern di Cincinnati apabila menegaskan beliau memerlukan masa untuk kembali ke prestasi sebenar selepas meraih tiga kejuaraan Grand Slam dan saingan Tokyo 2020.
“Saya memerlukan sedikit masa untuk kembali cergas selepas mengharungi kalender padat sejak dari Terbuka Australia sehingga ke Tokyo 2020 yang berakhir pada Ahad lalu.
“Jadi dengan berat hatinya saya mengumumkan menarik diri dari saingan di Cincinnati pada tahun ini, sebaliknya saya akan memberi fokus pada kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat.
“Buat sementara ini, saya akan meluangkan lebih masa bersama keluarga. Saya tidak sabar untuk kembali beraksi, jadi jumpa anda semua di New York tidak lama lagi,” kata Djokovic di media sosialnya.
Untuk rekod, kejuaraan Terbuka Western & Southern di Cincinnati dijangka berlangsung dari 14 hingga 22 Ogos.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!