Fakhrul Zaman tekad bantu KUFC raih kejayaan dalam saingan Liga Premier

Penyerang yang telah menjaringkan lima gol pada musim lalu dan satu gol musim ini sebelum berehat panjang sejak Mac.- Foto Bernama
Penyerang yang telah menjaringkan lima gol pada musim lalu dan satu gol musim ini sebelum berehat panjang sejak Mac.- Foto Bernama
A
A
A

PENYERANG Kelantan United (KUFC) Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi berharap kehadiran semula beliau ke dalam pasukan selepas direhatkan akibat kecederaan dapat membantu pasukan dalam mengharungi baki saingan Liga Premier musim ini.

Beliau yang kembali beraksi selepas tiga bulan berehat kerana kecederaan di bahagian lutut kini sedang memperbaiki dan meningkatkan aspek kecergasan dalam usaha mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama bagi membantu KUFC mencipta kejayaan.

Penyerang yang telah menjaringkan lima gol pada musim lalu dan satu gol musim ini sebelum berehat panjang sejak Mac itu hanya diturunkan pada separuh masa kedua perlawanan menentang Selangor FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Rabu lalu.

"Saya sedang memperbaiki dan meningkatkan aspek kecergasan bagi memberikan keyakinan kepada barisan jurulatih untuk kerap diturunkan.

“Saya harap kehadiran semula ke dalam pasukan boleh membantu mencipta kejayaan pada baki perlawanan seterusnya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

KUFC kini menduduki tempat ketujuh daripada 11 pasukan dalam saingan Liga Premier dengan mengumpul 20 mata daripada 15 perlawanan hasil enam kemenangan, dua seri dan tujuh kekalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!