Messi sudah mendarat di Paris
HASRAT gergasi Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) untuk mendapatkan khidmat bekas tonggak Barcelona, Lionel Messi tercapai apabila Les Parisiens mengesahkan kehadiran bintang berusia 34 tahun di Parc des Princes.
Les Parisiens mengesahkan berjaya merekrut khidmat kapten Argentina yang memacu La Albiceleste menjuarai Copa America 2021 tersebut dengan berkongsi video di media sosial menunjukkan pemain itu menyarung jersi Argentina dan enam anugerah Ballon d'Or.
Kehadiran Messi ke Paris bagi menyelesaikan beberapa terma perjanjian dengan PSG juga bakal menyaksikan pemain tersebut akan menyertai semula rakan lamanya di Barcelona sebelum ini Neymar yang juga merupakan bintang Brazil.
Bintang La Albiceleste yang memulakan karier bola sepak bersama kelab remaja Grandoli dari 1992 hingga 1995 sebelum disunting gergasi liga Argentina, Newell's Old Boys dari 1995 hingga 2000 sebelum disambar Barcelona pada 2000.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!