'Merdeka Booster' tiup semangat 'frontliners' PKRC MAEPS 2.0

Kad beserta pen berbentuk pil bertulisan "vitamin pen" diikat pada pemegang pintu kenderaan dan cermin sisi motosikal petugas. - Foto Bernama
Kad beserta pen berbentuk pil bertulisan "vitamin pen" diikat pada pemegang pintu kenderaan dan cermin sisi motosikal petugas. - Foto Bernama
A
A
A

SERDANG - 'Be strong and take care of yourself. We love you,' (Tabahkan hati dan jaga diri anda. Kami sayangkan anda). Itu antara ungkapan peniup semangat yang tertera pada kad yang diberikan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sempena bulan kemerdekaan tahun ini.

Kad-kad dengan mesej peniup semangat berserta pen berbentuk pil tertulis ‘vitamin pen’ akan diikat pada pemegang pintu kenderaan dan cermin sisi motosikal petugas barisan hadapan secara rawak dalam bulan ini sebagai kejutan.

Inisiatif 'Merdeka Booster' oleh Unit Khidmat Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) itu bertujuan meningkatkan semangat dan kesejahteraan emosi dalam kalangan petugas barisan hadapan ketika menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin mencabar.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Unit Psikologi Kaunseling JKNS, Suraya Banu Sallehudin, motivasi dalam kalangan petugas barisan hadapan menurun kerana situasi yang tidak reda, malah ada yang hampir putus asa dan kecewa.

“Kejutan 'token of appreciation' adalah supaya mereka tahu masih ada yang sayang dan hargai pengorbanan mereka supaya dapat kekal kuat dan jaga diri untuk terus menjaga rakyat yang memerlukan," katanya kepada Bernama.

Inisiatif 'Merdeka Booster' sebagai usaha meningkatkan semangat dan kesejahteraan emosi di kalangan petugas barisan hadapan dalam mengharungi pandemik Covid-19 yang semakin mencabar. - Foto Bernama
Inisiatif 'Merdeka Booster' sebagai usaha meningkatkan semangat dan kesejahteraan emosi di kalangan petugas barisan hadapan dalam mengharungi pandemik Covid-19 yang semakin mencabar. - Foto Bernama

Suraya yang juga penyelaras MHPSS berkata, kad dengan mesej 'Be strong because things will get better. It may be stormy now, but it never rains forever' memberi kata-kata harapan kepada petugas bahawa keadaan akan pulih walaupun pada masa ini ia begitu mencabar dan di luar kawalan.

Menurut Suraya, petugas-petugas barisan hadapan yang telah menerima 'kejutan' berkenaan selepas habis waktu bertugas akan menghubungi MHPSS menerusi aplikasi WhatsApp memberikan maklum balas 'rasa penat hilang', 'rasa dihargai' dan 'rasa disayangi'.

Artikel Berkaitan:

"Kita rasa matlamat tercapai kerana rata-ratanya kembali bersemangat," katanya.

Pegawai Penyelaras Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Intan Rosmawannie Adlan antara penerima kad berkenaan berkata, kejutan seumpama itu adalah sesuatu yang amat diperlukan buat masa ini kerana ia mampu menceria serta menaikkan semangat petugas barisan hadapan di PKRC MAEPS 2.0.

"Walaupun hadiah kecil namun ia amat bermakna kepada petugas barisan hadapan untuk membakar semangat mereka dalam situasi yang mencabar," kata petugas Pusat Media PKRC MAEPS 2.0, Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Norfarhana Mohd Zainal Abidin yang turut menerima kad kejutan itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!