Rohani masih memendam perasaan
SEMENYIH - Rohani Satar balu kepada bekas ADUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, turut berkongsi rasa sedih setelah pemergian suaminya sejak lapan bulan lalu.
Rohani, 42, berkata, beliau turut memendam perasaan dan sabar sejak suaminya meninggal dunia.
"Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan suami, dia seorang yang baik dan menjaga orang lain ketika menjadi seorang wakil rakyat.
"Dia lebih pentingkan rakyat daripada keluarga, namun saya memahami dengan kerjayanya
Rohani berkata, tiga anaknya yang masih kecil berusia tujuh hingga 10 tahun berasa sedih dan teringat arwah suaminya.
"Bila mereka teringat ayahnya memang mereka akan menangis, namun saya cuba memujuk mereka, ia sudah takdir ALLAH SWT," katanya.
Mat Shuhaimi, 50, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!