Facebook padam ratusan akaun disyaki rekrut 'influencer' antivaksin

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

FACEBOOK memadam ratusan akaun yang didakwa terlibat dalam kempen antivaksin yang dikendalikan Rusia.

Gergasi media sosial itu mendakwa rangkaian akaun itu menyasarkan India, Amerika Latin serta Amerika Syarikat.

Katanya, kempen itu berusaha untuk merekrut individu berpengaruh atau 'influencer' untuk menyebarkan berita palsu dengan misi untuk menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap vaksin Covid-19.

Dalam laporan terbaharunya, Facebook mengenal pasti terdapat hubungan antara rangkaian dan kempen itu dengan agensi pemasaran Fazze.

Agensi itu dilaporkan sebahagian daripada syarikat yang berpangkalan di Rusia bernama Adnow.

Lapor BBC melalui penyiasatannya, pada Mei tahun ini, influencer ditawarkan sejumlah wang oleh Fazze untuk menyebarkan dakwaan palsu mengenai risiko yang berkaitan dengan vaksin Pfizer.

Jelas Facebook, ia adalah gelombang kedua percubaan untuk memburukkan vaksin dari Barat.

Pada November, rangkaian yang sama berusaha untuk memburukkan vaksin AstraZeneca dengan mendakwa ia berbahaya kerana menggunakan adenovirus daripada sampel haiwan. - Sumber Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!