Lukaku setajam Kane, Lewandowski

Romelu Lukaku
Romelu Lukaku
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan tonggak baharu The Blues, Romelu Lukaku sebagai antara penyerang terbaik dunia ketika ini.

Menurutnya, sentuhan Lukaku setanding dengan penyerang berbisa lain seperti Harry Kane, Robert Lewandowski dan Erling Haaland.

"Romelu adalah salah salah seorang penyerang seperti Haaland, Lewandowski dan Kane. Dia merupakan pemain nombor 9 sejati yang suka mencetak gol dan memiliki keupayaan luar biasa dalam kotak penalti.

"Dia mempunyai profil sebagai penyerang yang kami cari," katanya.

Bekas pemai Inter Milan itu dilaporkan sudah terbang ke London dan menjalani ujian kecergasan sebelum akan diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain The Blues.

Ia sekaligus menyaksikan Lukaku kembali bermain untuk Chelsea selepas pernah bersama kelab itu pada 2011 sehingga 2014 sebelum dijual ke Everton.

Lukaku menjadi penyerang berbisa bersama Everton menjaringkan 87 gol daripada 166 perlawanan pada musim 2014-2017.

Ketajaman Lukaku menarik perhatian Manchester United pada 2017 dan dia mencatatkan 42 gol dari 96 penampilan untuk The Red Devils sebelum dilepas ke Inter dua tahun kemudian.

Artikel Berkaitan:

Perpindahan Lukaku ke Itali tidak mengurangkan ketajamannya apabila menjaringkan 64 gol dalam dua musim selain membantu pasukan itu muncul Juara Serie A musim lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!