Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
SHAH ALAM - Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter di Utara Sumatera, Indonesia pada Rabu.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu direkodkan pada jam 1.19 petang yang menyebabkan gegaran turut dirasai di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
"Gempa sekuat itu berlaku pada jarak 18 kilometer Tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia dan dirasai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Sebelum ini, warga Kuala Lumpur dan Selangor dikejutkan dengan kejadian gegaran dalam tempoh beberapa saat khususnya bagi mereka berada di bangunan tinggi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!