'Terkejut lihat kereta berpusing, rempuh pokok'

Anggota bomba berpakaian PPE sedang mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Taman Paya Rumput Indah di sini, pada pagi Rabu.
Anggota bomba berpakaian PPE sedang mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Taman Paya Rumput Indah di sini, pada pagi Rabu.
A
A
A

MELAKA - Seorang peniaga terkejut apabila menyaksikan sebuah kereta berpusing beberapa kali di hadapannya sebelum melanggar sebatang pokok di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ) di Taman Paya Rumput Indah di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Sanah Salleh, 60, berkata, insiden itu berlaku pantas di hadapan matanya sebelum dia dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat selepas kereta jenis Perodua Myvi itu merempuh sebatang pokok.

Menurutnya, sejak mula berniaga di kawasan itu dua bulan lalu, kejadian berkenaan merupakan kemalangan kedua yang berlaku berdekatan tempat dia menjual makanan untuk sarapan itu.

"Terkejut dan cemas apabila lihat kereta itu berpusing beberapa kali dan merempuh pokok di bahu jalan.

"Saya terus menghubungi panggilan kecemasan dan ada pemuda memaklumkan pemandu yang merupakan seorang lelaki masih bernyawa, namun tersepit dalam kenderaan," katanya di sini pada Rabu.

Mangsa tersepit dalam sebuah kereta sedang dikeluarkan oleh anggota bomba.
Mangsa tersepit dalam sebuah kereta sedang dikeluarkan oleh anggota bomba.

Warga emas yang menetap di Machap Umboo itu berkata, mungkin kerana faktor keadaan jalan berselekoh menyebabkan kemalangan kerap berlaku di situ selain sikap segelintir pengguna yang gemar memandu laju.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Penguasa Kanan Bomba (PBK) II, Roslan Manas berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.12 pagi.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, operasi menyelamat dijalankan dan mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira 10 minit sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Seramai tujuh anggota bomba lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) melakukan operasi penyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!