Dua lagi bandar di Afghanistan jatuh ke tangan Taliban
KABUL - Taliban menguasai dua wilayah di utara Afghanistan pada Selasa, sejak pertempuran terbaru meletus di negara Asia itu, lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Rabu.
"Pada Selasa Taliban menguasai bandar raya Pul-e-Khumri, ibu negara wilayah Baghlan dan bandar raya kota Faizabad, ibu negara wilayah Badakhshan pada Selasa," lapor saluran televisye Tolo News.
Kerajaan Afghanistan setakat ini belum mengesahkan atau menafikan laporan tersebut.
Setakat ini Taliban telah menguasai sembilan ibu negara daripada 34 wilayah.
Bandar-bandar tersebut telah menjadi lokasi pertempuran hebat dalam beberapa minggu kebelakangan ini ketika tentera kerajaan berusaha menyekat kemaraan Taliban.
Pada Rabu, Presiden Afghanistan Mohammad Ashraf Ghani berada di Mazar-i-Sharif, ibu negara wilayah Balkh untuk mengadakan mesyuarat keselamatan. Tentera Taliban dilaporkan berada di sekitar bandar raya itu untuk menahan Mazar-i-Sharif.
Keadaan keselamatan di negara yang dilanda perang itu semakin merosot apabila Taliban terus melancarkan serangan selepas tentera Amerika Syarikat berundur sejak 1 Mei lalu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!