Bekas suami meninggal, Rozita Ibrahim turut bersedih

Rozita Ibrahim
Rozita Ibrahim
A
A
A

SEDIA maklum bapa kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Kamaruzaman Kamaludin, 59 telah meninggal dunia Selasa lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Thomson Hospital, Kota Damansara akibat komplikasi jantung tahap tiga dan paru-paru berair.

Meskipun bukan lagi sebagai suami isteri, ibu Alif Syukri iaitu usahawan, Rozita Ibrahim turut mengakui berasa kehilangan dengan insan yang baik hati itu, namun katanya yang lebih membimbangkannya apabila melihat kedua-dua anaknya dari perkahwinan terdahulu itu 'down' dan bagaikan satu tamparan.

"Saya risaukan dengan keadaan anak, Syukri ( Aliff Syukri) dan Yati (Noor Hayati)... Kedua-duanya merupakan anak yang hebat dan kuat semangat bila kehilangan arwah abah mereka... Satu tamparan yang paling kuat dalam diri mereka... Saya tak pernah tengok keadaan mereka begitu down dan saya sendiri terikut menangis.

"Saya salahkan diri saya sebab saya tak mampu nak sempurnakan diri saya dalam satu keluarga," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Tulisnya lagi, penceraian yang berlaku atas pilihan dia dan arwah bekas suaminya, namun anak-anak lebih merana kerana terpaksa membawa diri hidup dengan wanita lain yang bukan ibu mereka.

Katanya, bagaimanapun apa yang dia kongsikan itu sebagai satu iktibar kepada orang lain. Rozita dan Kamaruzaman juga telah mempunyai keluarga baharu.

Artikel Berkaitan:

"Walau sebaik manapun saya merancang masa depan untuk kebahagiaan, saya sudah melukakan hati anak saya... Mungkin saya berjaya didik anak-anak motivasi kejayaan dalam perniagaan... Tetapi bila berlaku sebegini kejayaan yang saya bawa kepada anak itu tetap memberikan kesan kesilapan saya diwaktu muda.

"Sesungguhnya saya bukanlah ibu yang baik... Walaupun saya cuba menjadi yang terbaik... Ya ALLAH, ampunkan dosa-dosa saya terhadap anak-anak saya dan ALLAH mohon ampunkan dosa saya terhadap bekas suami saya.

"Setiap kali bila anak berdua ini jumpa ayah mereka tak pernah putus saya berpesan... Tolong beritahu abah kamu, mak minta maaf banyak-banyak atas kesilapan yang pernah saya lakukan semasa menjadi isterinya... dan hubungan baik kami hanya melalui anak-anak... Tidak ada lain... Inilah sifat insaniah... Dan saya rasa sedih kerana saya berada jauh di puncak sedangkan beliau (arwah) pengawal keselamatan," tulis.

Namun, kata-kata suaminya yang dipanggil 'abang Aji' membuatkan dia lebih reda dengan ketentuan.

"Kenapa kamu sedih dengan duniawi abah Yati?? Memang nampak susah arwah bekas suami awak tapi dia adalah seorang yang paling kaya bertemu dengan ALLAH... Adakah kamu mati nanti tersenyum dan berbau wangi seperti bekas suami kamu... Maksudnya suami kamu lebih kaya dari kamu, awak ingat itu," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Aliff Syukri meninggal dunia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!