Ismail Sabri terkejut lihat kesesakan di dua buah PPV di KL

Antara gambar tular menunjukkan barisan panjang orang ramai yang mahu mengambil vaksin dipercayai di PPV di Bukit Jalil.
Antara gambar tular menunjukkan barisan panjang orang ramai yang mahu mengambil vaksin dipercayai di PPV di Bukit Jalil.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui terkejut selepas melihat kesesakan yang berlaku di dua buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, situasi yang berlaku di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan Bukit Jalil itu perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkaitan kerana ia berpotensi untuk menyebabkan penularan Covid-19.

“Saya terkejut melihat video keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

“Saya harap pihak penguat kuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ia boleh menyebabkan penularan wabak.

“Saya akan menghubungi kementerian yang berkaitan serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya kejadian ini dapat ditangani segera,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Pada Rabu, tular video di sosial media menunjukan kesesakan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons yang menyaksikan orang ramai beratur dan berhimpit sehingga mengabaikan SOP.

Selain itu, beberapa keping gambar turut tular menunjukkan orang ramai yang terpaksa berbaris panjang di luar PPV Bukit Jalil untuk pengambilan vaksin.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!