Salah faham, 'walk-in' hanya untuk warganegara
KUALA LUMPUR - Kesesakan orang ramai di di Rumah Prihatin @ Grand Seasons pada Rabu berpunca salah faham penyediaaan perkhidmatan daftar terus (walk-in) vaksin untuk bukan warganegara.
Rumah Prihatin@Grand Seasons dalam kenyataannya berkata, pengambilan vaksin secara daftar terus untuk warga asing adalah di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukit Jalil.
Menurut kenyataan itu, salah faham tersebut menyebabkan rush crowd di luar jangkaan pengurusan dan penguatkuasa.
"Di peringkat awal, pihak Rumah Prihatin mengambil tindakan bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan.
"Namun, warga asing ini tetap tidak mahu bersurai, walaupun telah diberikan arahan dan amaran.
"Keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan PDRM dan DBKL," menurut kenyataan pada Khamis.
Katanya, pogram vaksinasi di sana diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak melibatkan pihak lain.
"Pihak kami kesal dengan apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dengan bantuan pihak berkuasa bagi memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.
"Kami ingin menegaskan bahawa Rumah Prihatin hanya menerima pendaftaran terus untuk warganegara Malaysia sahaja, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kelainan upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan sahaja," katanya.
Pada Rabu tular klip video berdurasi tujuh minit dan 15 saat keadaan orang ramai beratur dalam keadaan rapat dan tidak menjaga SOP untuk mendapatkan vaksin di hotel berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!