Sultan Johor terima menghadap Muhyiddin

Sultan Ibrahim menerima menghadap Muhyiddin di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada Khamis.- Foto Royal Press Office (RPO)
Sultan Ibrahim menerima menghadap Muhyiddin di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada Khamis.- Foto Royal Press Office (RPO)
A
A
A

JOHOR BAHRU-Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis.

Pertemuan Perdana Menteri bersama Sultan Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, pada sebelah tengah hari.

Sultan Ibrahim dalam muat naik di akaun Facebook rasmi bertitah, baginda menjemput Perdana Menteri bagi mempersembahkan perkembangan negara ketika ini.

"Saya menjemput beliau (Tan Sri Muhyiddin) untuk santapan tengah hari dan beliau turut mempersembahkan kepada saya mengenai perkembangan negara pada masa sekarang," titah baginda.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir sebelum itu menghadiri persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Pembukaan Penggal Persidangan Ke Empat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 pada Khamis dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!