Pemuda OKU tidak mengaku salah rogol sepupu

Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah merogol sepupu semasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis.
Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah merogol sepupu semasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dakwaan merogol sepupunya, dalam kejadian awal Ogos lalu.

Tertuduh berusia 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang berusia 13 tahun 7 bulan di dalam kebun kelapa sawit di Kuala Nerus.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 2.30 pagi hingga jam 4 pagi, pada 4 Ogos lalu.

Dengan itu, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000.

Mahkamah turut menetapkan beberapa syarat tambahan terhadap tertuduh yang dia perlu melaporkan diri di balai polis Batu Rakit, Kuala Nerus setiap 1 haribulan dan 15 haribulan selama prosiding perbicaraan belum selesai.

Selain itu, tertuduh dilarang sama sekali mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sebelum menetapkan 13 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!