Kapal kargo Panama terdampar di perairan Jepun
TOKYO - Sebuah kapal kargo yang berdaftar di Panama terkandas di wilayah utara Aomori, Jepun berdekatan pelabuhan Hachinohe dan menyebabkan berlaku tumpahan minyak, menurut Sputnik, memetik laporan penyiar NHK pada Khamis.
Kapal Crimson Polaris yang terkandas sejak Rabu dan terputus dua itu mula menumpahkan minyak.
Semua 21 anak kapal - warga China dan Filipina - telah diselamatkan.
Tumpahan minyak telah merebak sejauh lima kilometer. Pengawal pantai mendapati kapal itu mungkin akan tenggelam dan usaha untuk mencegah tumpahan minyak daripada merebak sedang dilakukan.
Pihak bekuasa Jepun telah menubuhkan pusat krisis untuk mengumpulkan maklumat mengenai kejadian itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!