NGO pertama di Raub bantu jaga SJR

Nur Amin (tiga dari kanan) bersama sebahagian ahli persatuan yang bertugas di SJR di Mukim Ulu Dong, Raub ketika menerima kunjungan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub, Fadzli Mohd Kamal (dua dari kanan) baru-baru ini.

A
A
A

RAUB - Persatuan Belia Pamah Rawas Ulu Dong Raub muncul selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang pertama di daerah ini berpeluang menjadi petugas barisan hadapan selama sembilan hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Ulu Dong di sini yang berakhir pada 16 Ogos ini.

Pengerusinya, Nur Amin Nor Azahar, 31, memberitahu, sepanjang tempoh sembilan hari, persatuan itu juga memperoleh pelbagai pengalaman menarik ketika diberikan tanggungjawab tersebut sejak 3 Ogos lalu hingga Rabu.

Menurutnya, seramai 10 ahli persatuan itu diberikan tanggungjawab menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Pamah Rawas itu bersama pihak polis.

Nur Amin berpeluang menjadi petugas barisan hadapan di SJR di Mukim Ulu Dong, Raub selama sembilan hari.
Nur Amin berpeluang menjadi petugas barisan hadapan di SJR di Mukim Ulu Dong, Raub selama sembilan hari.

"Memang ia jadi pengalaman berguna buat persatuan ini kerana diberikan peluang sebagai frontliners," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Nur Amin berkata, pengalaman di SJR itu juga mendidiknya untuk lebih kental ketika menjalankan tugas.

"Ini juga sebahagian bakti kami demi agama, masyarakat dan negara dalam tempoh yang sukar berdepan pandemik Covid-19," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!