5.76 juta dos vaksin diberi kepada rakyat Selangor

Infografik suntikan vaksin di Selangor yang dimuat naik Amirudin di Facebook pada Khamis.
Infografik suntikan vaksin di Selangor yang dimuat naik Amirudin di Facebook pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 5.76 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Selangor setakat Khamis.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak 270,696 dos vaksin turut diberikan kepada penduduk di negeri tersebut menerusi Program Vaksin Selangor (SelVax).

"Sebanyak 44.1 peratus bersamaan 2.10 juta individu pula lengkap dua dos vaksin di Selangor," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Dalam pada itu, Amirudin turut berkongsi infografik di media sosial itu yang menunjukkan seramai 3.67 juta atau 77.2 peratus rakyat di Selangor menerima vaksin dos pertama di negeri ini.

Sebelum ini, kerajaan Selangor melancarkan SelVax sebagai usaha mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran iaitu Selvax Komuniti dan memelihara pekerja (SelVax Industri).

SelVax Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 warga Selangor yang belum divaksin manakala SelVax Industri merupakan program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran satu juta pekerja.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!