Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kewujudan semula minat belian ke atas unit tempatan, menurut peniaga.
Pada 6 petang, ringgit menokok 80 mata asas kepada 4.2300/2330 daripada dolar AS berbanding 4.2380/2420 sewaktu ditutup pada Rabu.
Beliau berkata harga minyak global yang lebih baik turut mendorong ringgit untuk ditutup tinggi dengan penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$71.73 setong, meningkat 0.41 peratus.
“Kami menjangka ringgit untuk berdepan tekanan berbanding dolar AS terutamanya selepas pembuat undang-undang Amerika Syarikat telah bersetuju dengan rang undang-undang infrastruktur berjumlah AS$1.0 trilion bagi merangsang ekonomi negara, di samping kebimbangan terhadap kes harian Covid-19 yang tinggi di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, unit tempatan diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8301/8332 daripada 3.8253/8292 sewaktu ditutup pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.9660/9695 daripada 4.9623/9670 sebelum ini.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1174/1198 daripada 3.1159/1191 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.8640/8682 daripada 5.8539/8595 semalam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!