Lagu puisi pupuk jiwa merdeka

Man Kayan menggayakan kembali pakaian yang dipakainya untuk rakaman klip video lagu puisi 'Antara Senjata dan Biola'.
Man Kayan menggayakan kembali pakaian yang dipakainya untuk rakaman klip video lagu puisi 'Antara Senjata dan Biola'.
A
A
A

KUANTAN - “Nikmat kemerdekaan hasil perjuangan penjuang tanah air dahulu perlu terus dipertahankan generasi hari ini.

“Tapi yang jelas semangat itu kian luntur dan tidak dipedulikan lagi hari ini. Inilah maksud yang cuba saya sampaikan melalui klip video lagu puisi Antara Senjata dan Biola yang tular baru-baru ini,” kata pengiat lagu puisi dan tradisi Melayu, Man Kayan.

Man Kayan atau nama sebenarnya Noor Azman Norawi, 54, berkata, beliau memilih puisi karya seorang penyair anak Pahang, Nazri Sham itu kerana mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyampaikan mesej tersebut.

Baginya, senjata itu membawa maksud perjuangan, penderitaan dan satu bebanan berat dalam perjuangan pejuang tanah air dahulu manakala biola disimbolkan sebagai sesuatu yang asyik dan melekakan.

“Saya cuba gubah lagu yang sesuai dengan mood puisi ini untuk membangkitkan ‘roh dan jiwanya’ supaya maksudnya dapat sampaikan dan lebih dihayati pendengar,” katanya ketika ditemui di Sanggar Budaya Kelab Serindit Mati Tersepit, Kampung Permatang Badak di sini baru-baru ini.

Man Kayan
Man Kayan

Beliau yang juga pengasas Kumpulan Anak Kayan dan pengiat seni busana Melayu berkata, klip video itu dirakam untuk Program Semarak Puisi Merdeka anjuran Persatuan Penyair Malaysia tahun lalu.

“Saya diminta untuk menghantar satu klip video lagu puisi dari Pahang dan rakaman ini tidak dirancang awal sebenarnya.

Artikel Berkaitan:

“Kebetulan ketika itu saya berada di Sanggar Seni Kelab Serindit Mati Tersepit (kawasan rumah) dan memakai seluar celoreng tentera bersama jaket hijau kelab permotoran.

“Saya minta anak buah rakamkan video guna telefon sahaja dan untuk memberi lebih mood, saya turut memakai helmet ala tentera semasa menyanyi sambil memetik gitar untuk klip video ini,” katanya.

Jelasnya, selepas klip itu dihantar kepada pihak penganjur dia memuatnaik juga video ke akaun laman sosial Facebooknya dan dikongsi banyak pihak ketika itu.

“Beberapa hari lalu saya menyedari video itu kembali tular dan mendapat lebih 300,000 tontonan.

“Saya tidak sangka lagu ini diminati dan terus didengar sehingga kini,” katanya.

Menurutnya, terpulang kepada pendengar untuk menilai lagu itu sama ada ia satu manifestasi kepada semangat kemerdekaan atau sebaliknya.

Man Kayan mengajak seluruh rakyat menghayati semangat kemerdekaan dan mengenang jasa pejuang terdahulu menuntut kemerdekaan melalui lagu puisi.
Man Kayan mengajak seluruh rakyat menghayati semangat kemerdekaan dan mengenang jasa pejuang terdahulu menuntut kemerdekaan melalui lagu puisi.

“Bagi saya ia secara kebetulan lagu ini dimainkan kembali sempena bulan kemerdekaan dan mungkin kena pada masanya.

“Paling penting, saya gembira apabila pendengar dapat menerimanya dan berharap maksud yang cuba disampaikan penulis puisi itu juga dapat dihayati generasi hari ini dan terus mempertahankan kemerdekaan negara yang dikecapi hasil perjuangan pejuang terdahulu,” katanya.

Man Kayan dan Kumpulan Anak Kayan tidak asing lagi bagi peminat seni di Pahang.

Minat mereka dalam memperjuangkan lagu puisi bermula sejak tahun 2008 lagi malah sehingga kini, beliau telah mengubah sebanyak 433 puisi karya penyair dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

“Ia hasil kerjasama silaturahim seni yang wujud dengan penyair-penyair puisi terbabit walaupun ada dalam kalangan mereka hanya dikenali melalui Facebook sahaja.

“Begitu juga dengan penulis puisi Antara Senjata dan Biola ini pada awalnya saya tidak kenal Nazri Sham namun selepas bersilaturahim, baru saya tahu dia dari Kampung Paya Pulai, bersebelahan kampung saya, Kampung Paya Luas, Temerloh,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!