Shahrul Mizad pilih kualiti naskhah

A
A
A

NAMA Shahrul Mizad bukanlah asing di pentas teater, malah kewibawaannya beraksi menerusi pelbagai watak sentiasa mendapat perhatian ramai.

Pernah muncul menerusi puluhan pementasan teater seperti Lembu, Nyonya, Keris Sang Puteri, Di Bawah Lindungan Kaabah, Muzikal Tun Razak, Split Gravy On Rice, Jangan Bunuh Sam dan lain-lain.

Terbaharu, dia tampil menjayakan 13 watak menerusi monodrama Menunggu Lampu Hijau yang dipentaskan di Stor Teater awal Februari lalu dengan sebuah persembahan yang begitu memberikan impak.

“Bukan mudah untuk melakukan persembahan monodrama, namun alhamdulillah dengan latihan yang mencukupi dan sedikit pengalaman ia dapat dijayakan mengikut kehendak naskhah dengan sebaiknya “Saya tiada masalah sangat tentang permainan watak-watak, cuma sekarang ni stamina dah tak macam dulu dan kadang-kala jadi cabaran utama saya setiap kali beraksi,” katanya yang telah lebih sedekad berlakon pentas.

No Image Caption



Menurut Shahrul yang sebelum ini turut dikenali menerusi drama Sutun, dia kini tidak lagi berlakon teater sebagaimana sebelum ini kerana terikat dengan tugas sebagai pensyarah di Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Kalau ikutkan saya dah tak aktif sangat berlakon teater macam dulu kerana kini terikat dengan tugas hakiki sebagai pensyarah dan fokus untuk berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar yang bakal menjadi pelapis industri seni pada masa akan datang.

“Namun bila ada kawan-kawan yang memberi tawaran, apatah lagi untuk naskhah-naskhah yang menarik, saya cuba untuk tidak lepaskan peluang beraksi.

“Begitu juga dengan naskhah Menunggu Lampu hijau karya Prof. Hatta Azad Khan ini. Insya-ALLAH selepas pementasan tiga malam di Stor Teater ini mendapat sambutan, saya sekali lagi akan bersama team produksi untuk membawa pementasan ini menjelajah ke beberapa pentas lain pula,” ujarnya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Mengulas tentang banyak pementasan teater hari ini yang tampil dengan naskhah yang kurang memberikan impak, Shahrul ada pandangan tersendiri.

“Saya percaya apabila kita bercakap soal naskhah, ia berbalik kepada pengalaman penulis itu sendiri dalam melahirkan karya-karya yang bagaimana.

“Memang sekarang banyak pementasan diadakan, tetapi jika tak jaga kualiti naskhah habislah. Ini kerana tunjang kekuatan naskhah sangat penting dalam sesebuah pementasan selain pelakon.

“Sesebuah naskhah itu harus dicabar di ruang lain dahulu sebelum dipentaskan. Kalau bagus barulah bawa ke pentas. Jangan bila dipentaskan, orang datang tengok tapi nilainya tak berbaloi dengan duit yang dikeluarkan,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!