PRU15 dijangka selewatnya akhir Julai 2022
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan selewat-lewatnya akhir Julai 2022.
Bagaimanapun beliau berkata, ia bergantung pada situasi pandemik Covid-19.
Dalam pada itu, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa.
"Untuk itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen untuk tujuan ini. Saya berharap, dengan adanya kerjasama bi-partisan di Parlimen, rang undang-undang ini akan dapat diluluskan," katanya dalam satu perutusan khas sebentar tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!