Berpuluh cedera, ratusan rumah rosak susulan gempa Sumatera

Gempa bumi berkekuatan 5.6 magnitud landa Kepulauan Sumatera.- Foto USGS
Gempa bumi berkekuatan 5.6 magnitud landa Kepulauan Sumatera.- Foto USGS
A
A
A

SUMATERA - INDONESIA. Sekurang-kurangnya 48 orang dilapor cedera dan hampir 350 kediaman mengalami kerosakan susulan gempa bumi berkekuatan 5.6 magnitud yang melanda Kepulauan Sumatera di Indonesia, hari ini.

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik, kejadian gempa bumi terbabit dilapor berlaku sekitar jam 6.25 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak 38 kilometer di timur laut Pasaman.

Antara kawasan paling teruk terjejas akibat gempa yang melanda pada kedalaman 10 kilometer terbabit termasuk daerah Solok Selatan di wilayah Sumatera.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, banyak premis dilaporkan mengalami kerosakan antaranya sekolah rumah ibadah, serta klinik kesihatan.

Laporan lanjut agensi berkenaan menyatakan, 343 unit rumah, 29 daripadanya rosak teruk, 118 rosak sederhana, manakala 196 rosak sedikit, sementara itu, satu unit sekolah, satu tempat ibadah serta dua fasiliti kesihatan turut mengalami kerosakan.

"Polis, tentera dan pihak berkuasa kini bertungkus lumus memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang terjejas," kata Sutopo sambil menambah, kebanyakan rumah yang rosak tidak dibina untuk menahan kesan gempa. - straitstime

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!