Peningkatan pemberian vaksin punca PPV sesak: Ayob Khan
JOHOR BAHRU - Kesesakan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Mega di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini pada Khamis berpunca daripada peningkatan pemberian vaksinasi dari 6,000 dos kepada 8,000 dos sehari.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, faktor lain ialah penerima vaksin Covid-19 yang hadir tidak mengikut masa janji temu yang ditetapkan.
Tambahnya, hasil pemantauan pengoperasian di PPV yang dibuat juga mendapati orang ramai bersesak di bawah khemah di hadapan Persada Johor disebabkan hujan.
"Ketidakselarasan bagi penerima vaksin untuk menurun dan mengambil penumpang bagi tujuan vaksinasi juga menjadi punca kesesakan tersebut.
"Penyelarasan telah dibuat dan keadaan pada hari ini (Khamis) dalam keadaan terkawal dan memuaskan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemantauan di PPV berkenaan, pada Khamis.
Ayob Khan berkata, pemantauan pada Khamis mendapati penyelarasan telah dibuat dan keadaan dalam keadaan yang terkawal dan memuaskan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!