Kaunter warga emas di PPV Persada ditambah

Hasni
Hasni
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri telah mengarahkan agensi yang berkaitan supaya menambah kaunter pendaftaran dan laluan ekspres bagi warga emas di pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Johor Persada di sini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dalam hantaran di laman Twitter berkata, polis akan mengawal selia aliran pergerakan di PPV itu dengan lebih baik.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengatur aliran pergerakan dengan lebih baik di PPV berkenaan dan MySejahtera pula seharusnya menyediakan jadual janji temu dengan lebih berkesan.

"Perkara ini (kesesakan) tidak akan berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membalas kenyataan seorang pengguna Twitter yang mempamerkan sekeping gambar memaparkan kesesakan di luar PPV berkenaan pada Khamis termasuk warga emas yang beratur panjang menunggu giliran mereka.

Keadaan itu menimbulkan kemarahan ribuan yang hadir untuk janji temu suntikan vaksin.

Sementara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapan di Twitter dan akaun Instagram rasmi baginda bertitah, akan menyiasat isu berkenaan dan menitahkan kerajaan negeri mengambil tindakan berkenaan isu berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!