Feri Pasir Kelang Kuala Krai

No Image Caption
A
A
A

Perkhidmatan feri milik Koperasi Kampung Pasir Kelang Berhad menjadi nadi utama kepada kira-kira 15,000 penduduk kampung untuk berulang-alik menyeberang Sungai Kelantan ke bandar Kuala Krai.

Feri yang mampu membawa muatan enam kenderaan, motosikal dan penumpang pada satu-satu masa sering menjadi pilihan utama penduduk dari Kampung Pasir Kelang, Pasir Kelang Baru, Buyong Darul Hijrah, Sungai Taku, Taku Estet dan Bahagia.

Feri itu beroperasi bermula 7 pagi hingga 11 malam setiap hari dengan tambang dikenakan sebanyak RM1 bagi setiap individu, selain RM1 untuk motosikal dan RM5 bagi sebuah kenderaan.

Masa perjalanan untuk feri menyeberangi sungai itu memakan masa lebih kurang lima minit dengan jarak 250 meter dan feri mempunyai tali kabel keselamatan bagi menghalang ia daripada hanyut. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan