Arteta akui Arsenal wajar tewas
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui skuad kendaliannya itu wajar menerima kekalahan 0-2 kepada pendatang baharu Liga Perdana Inggeris (Brentford), berikutan aksi hambar kesebelasan The Gunners.
Menurutnya, kesebelasan The Gunners dilihat beraksi dibawah tahap sebenar apabila dilihat banyak memberikan ruang untuk pemain Brentford bergerak bebas pada perlawanan berkenaan.
“Saya kecewa. Kita bermula dengan berdepan dengan lawan yang istimewa iaitu pendatang baru ke Liga Perdana, tetapi saya tidak fikir kita patut tewas pada perlawanan ini.
“Mereka berjaya menjaringkan gol hasil lontaran ke dalam dan ketika itu, kita tidak ada pemain yang cukup untuk mengawal pemain mereka,” katanya.
Pada perlawanan berkenaan, Arsenal tewas 0-2 hasil jaringan Sergi Canos pada minit ke-22 dan juga Christian Nogaard pada minit ke-73.
Dalam pada itu, Arteta turut mengakui, skuad kendaliannya itu agak goyah terutamanya pada jentera serangan, tanpa kehadiran beberapa pemain utama seperti Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette yang mengalami kecederaan.
Bagaimanapun menurutnya, perkara berkenaan tidak boleh dijadikan alasan kerana pasukan berkenaan memiliki pemain-pemain lain yang mampu menggalas tanggungjawab bagi memastikan keputusan yang baik pada perlawanan berkenaan.
"Sebelum perlawanan bermula, saya diberitahu oleh mereka (Aubameyang, Lacazette) bahawa mereka ‘tidak sihat’ untuk diturunkan.
“Kini, saya juga tidak tahu samada mereka boleh beraksi pada perlawanan akan datang dan saya menjangkakan hanya akan mengetahuinya sebelum perlawanan berlangsung,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!