'Sebulat suara sepakat dengan keputusan tersebut'
Bercakap kepada Sinar Harian, El, selaku wakil pengurusan penyanyi itu, berkata, kenyataan itu akan dibuat oleh penyanyi ini dalam satu jangka masa kelak.
"Buat masa ini Fitri Haris tiada apa-apa komen lanjut untuk diperjelaskan.
"Sampai satu masa yang sesuai dia akan mengeluarkan kenyataan menerusi saluran yang betul. Dan dalam tempoh ini pelbagai perkara sedang diambil perhatian.
"Justeru kami sebulat suara sepakat dengan keputusan tersebut," ujar pengurus.
Tambahnya lagi, diharap dengan hebahan ini dapat menghadkan sebarang penghakiman supaya isu ini tidak berlanjutan.
"Tunggu sehingga adanya keterangan daripada Fitri," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!