Dadah: Empat lelaki ditahan
FB: 203 biji pil berwarna merah disyaki dadah pil kuda dan lapan ketulan daun mampat dipercayai ganja dirampas
KUALA BESUT- Seramai empat lelaki termasuk dua lelaki yang memiliki enam rekod lampau kesalahan dadah ditahan dalam sebuah di Pekan Baru Kuala Besut, di sini.
Salah seorang yang memiliki enam rekod lampau itu adalah seorang suspek yang baru berusia 20 tahun beralamat di Gong Badang, dekat Jertih.
Kesemua suspek berusia 20 hingga 51 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Besut di rumah tersebut pada jam 15 petang.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, turut dirampas sebanyak 203 biji pil berwarna merah disyaki dadah pil kuda dan lapan ketulan daun mampat dipercayai ganja.
Menurutnya, pasukan tersebut yang bertindak atas maklumat telah menyerbu rumah berkenaan sebelum menahan empat lelaki terbabit yang berada di ruang tamu rumah.
“Pemeriksaan pada badan mereka tidak menjumpai barang salah tetapi polis menemui barang kes itu di atas lantai tempat suspek ditahan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!