Liverpool jinakkan Norwich City
PENCABAR kejuaraan Liverpool meluncur laju menduduki tangga ketiga liga selepas membelasah kelab yang baru dinaikkan dari Liga Kejuaraan, Norwich City 3-0 dalam aksi di Carrow Road dan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tiga gol daripada Diogo Jota berusia 20 tahun, Roberto Firmino (65') dan Mohamed Salah (74') sudah cukup membolehkan skuad kendalian Jurgen Klopp menyingkap tirai liga musim ini dengan tiga mata.
Tambah menarik The Reds juga menerima kehadiran semula Virgil van Dijk yang terpaksa disisihkan dalam tempoh sembilan bulan selepas mengalami kecederaan lutut.
Tuan rumah kendalian Daniel Farke berpeluang mendahului Liverpool, namun kebanyakan percubaan jentera serangan The Cannaries tersasar sehinggalah Jota memecah kebuntuan pada minit ke-26.
Kemudian giliran Salah menjadi perancang pada babak kedua apabila hantarannya disudahkan oleh Firmino membolehkan The Reds menambah lagi jaringan mereka.
Salah tidak ketinggalan meneruskan momentum positif kelab tersebut dalam lima perlawanan terakhir apabila meledak gol kemenangan buat skuad Klopp.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!