[VIDEO] 'Tawaran setara menteri kanan terhadap saya satu penghinaan' - Anwar

Anwar melalui siaran di Facebooknya pada Sabtu.
Anwar melalui siaran di Facebooknya pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tawaran kerjasama rentas parti dan pengiktirafan peranan parti pembangkang serta tawaran ketua pembangkang setara dengan menteri kanan diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai satu penghinaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, pelawaan itu dilihat licik dan tidak sensitif terhadap permasalahan rakyat sehinggakan sanggup 'membuai' beliau dengan sogokan tersebut.

Malah tegasnya, beliau tidak langsung terfikir ia satu keputusan yang wajar dan munasabah.

“Saya fikir ia adalah sangat mengaibkan, bagi saya ia satu penghinaan. Ada orang kata tahniah sekarang macam Menteri Kanan, saya kata itu penghinaan.

“Orang nak dapat RM50 atau RM100 tambahan sebulan nak cari nafkah untuk anak-anak dan isteri pun susah. Dan kamu (Muhyiddin) pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.

“Salah pilih. Sebab itu kita tegas menolak dan malah saya terkejut bila (mendengar) pelawaan sebegitu,” katanya menerusi siaran di Facebooknya pada Sabtu.

Pada Jumaat, Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan khas memberikan tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bipartisan.

Antara tawaran tersebut ialah membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menasihati Muhyiddin supaya meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang ditetapkan dalam prinsip Perlembagaan.

“Mudah-mudahan Muhyiddin yang juga sahabat saya ikut jalur yang munasabah iaitu menghormati prinsip dan semangat perlembagaan pada khidmatnya yang lalu.

“Dan sekarang sudah masanya bila hilang dokongan majoriti ahli Parlimen, ikutlah prinsip perlembagaan dan letak jawatan secara kehormat.

“Biarlah kita ambil langkah-langkah baru maju untuk meneruskan pentadbiran,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai beberapa jam, tawaran Muhyiddin ditolak mentah-mentah

Muhyiddin tawar kerjasama merentas parti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!