Covid-19: Kes positif global 206.59 juta, angka korban 4.35 juta
JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 206.59 juta kes.
Ini berikutan lebih 700,000 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 36.6 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 32.1 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.3 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 3.8 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.7 juta. Malaysia pula 1.38 juta kes manakala Thailand 800,000 dan Singapura merekodkan lebih 66,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.35 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 621,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 567,000 kes, India lebih 430,000 kes, Mexico lebih 247,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 116,000 kes.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 30,000 diikuti Malaysia lebih 12,000 manakala Thailand catat lebih 7,000 angka korban. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!