Remaja kritik jalan rosak melalui foto
SUMATERA SELATAN - INDONESIA. Sebahagian remaja cuba mengkriktik kerajaan dengan masalah jalan rosak melalui foto berseni di jalan raya di Batumerta, Kabupaten, Indonesia.
Foto-foto itu dimuat naik melalui akaun @as_robby Instagram (IG ).
Beberapa gelagat lucu antaranya seorang gadis ligat berposing sambil berkubang di dalam air lumpur, sekumpulan remaja memancing dan drama sebabak ‘pasangan suami isteri’ menarik perhatian netizen.
Melalui laporan Tribunes News, ia telah mendapat perhatian Gabenor Sumatera Selatan Herman Daru.
"Jika ini adalah kreativiti dalam menyampaikan kritikan atau input, maka kita tidak boleh marah.
"Mereka hanya mahukan tindak balas kerajaan terhadap keadaan jalan di kawasan itu, bila akan dibaiki," kata Daru.
Sementara itu, memetik laporan Kompas.com pula, Herman Daru berkata, Kerajaan Provinsi telah menganggarkan dana untuk pembaikan jalan raya berjumlah IDR3.3 trilion (RM953.8 juta) pada 2019.
Melalui perkongsian itu rata-rata menyokong tindakan yang dilakukan oleh remaja berkenaan.
"Sindiran halus untuk pemerintah daerah. Lanjutkan,” tulis danielhasiholann
"Malu aku malu pada negeri ini," tulis yusup.sila_.
"Biasanya orang demonstrasi tunjuk protes, tapi kali ini protesnya dengan seni. Boom!! Semoga segera diperbaiki jalannya ya," tulis melithaggrni.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!