Pemandu MPV maut rempuh tol

Keadaan kereta MPV yang remuk selepas merempuh rumah tol dalam kejadian di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) arah Butterworth pada petang Ahad.
Keadaan kereta MPV yang remuk selepas merempuh rumah tol dalam kejadian di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) arah Butterworth pada petang Ahad.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas kenderaan dipandunya merempuh tembok rumah tol di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) arah Butterworth di sini pada petang Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.02 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati terdapat mangsa yang tersepit dalam kenderaan MPV jenis Toyota Avanza dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mayat berjaya dikeluarkan kira-kira jam 2.43 petang.

Anggota bomba melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.
Anggota bomba melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.51 petang dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad ketika dihubungi berkata, siasatan lanjut mengenai punca kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!