Lelaki meninggal dunia ketika daki bukit

Pasukan bomba membawa turun mangsa menggunakan pengusung.
Pasukan bomba membawa turun mangsa menggunakan pengusung.
A
A
A

CHERAS - Seorang lelaki yang dilaporkan tidak sedarkan diri di kawasan pendakian Apex Hill Jalan Segar Perdana di sini disahkan telah meninggal dunia pada Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.05 pagi.

Beliau berkata, seorang pemanggil menghubungi pihak bomba memohon bantuan selepas mangsa berusia 60 tahun itu tidak sedarkan diri di 'check point' 6 yang jaraknya dianggarkan 1,000 meter dari kaki bukit.

"Anggota bomba bertindak mendaki bukit berkenaan bagi kerja-kerja menyelamat dan berjaya membawa turun mangsa menggunakan pengusung.

"Mangsa didapati telah meninggal dunia dan disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), " katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Norazam berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!