Fasa Tiga PPN di Kampung Batu Manikar

A
A
A

Penduduk setempat mengambil kesempatan hujung minggu beriadah santai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan senja ketika tinjauan dalam tempoh pelaksanaan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara di Kampung Batu Manikar hari ini.

Buat masa ini, masyarakat tempatan di sini cuma dapat mengisi masa cuti dan hujung minggu bersama keluarga dengan mengunjungi pantai serta kawasan pelancongan yang terdapat di sekitar Labuan sahaja, susulan larangan rentas negeri yang masih berkuatkuasa, bagi membendung penularan jangkitan Covid-19 di negara ini.

Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) dalam Fasa 3 PPN kini membenarkan pengoperasian serta aktiviti pelancongan dalam negeri, dijangkakan sedikit sebanyak dapat mula membantu merancakkan semula ekonomi tempatan.

Walaupun terdapat sedikit kelonggaran SOP, namun masyarakat dinasihatkan agar terus menjalani kehidupan dengan amalan norma baharu agar penularan jangkitan dapat dibendung, mengurangkan kesan buruk pandemik yang berpanjangan, seterusnya dapat membangun semula ekonomi masyarakat setempat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Demonstrasi menyelamat Pasukan Polis Marin

No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia