Istana Negara jadi tumpuan lagi

Istana Negara menjadi tumpuan petugas media hari ini bagi membawakan perkembangan terkini berhubung senario politik tanah air.
Istana Negara menjadi tumpuan petugas media hari ini bagi membawakan perkembangan terkini berhubung senario politik tanah air.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pekarangan Pintu 1 Istana Negara pada Isnin menjadi tumpuan media sejak jam 8 pagi susulan suhu politik negara yang semakin panas.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung status jawatannya sebagaimana yang disahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pada Ahad.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilaporkan keluar dari kediamannya pada jam 7.45 pagi tadi.

Ketika ini Muhyiddin berada di Pejabat Perdana Menteri bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet sebelum ke Istana Negara.

Petugas media berkampung di pekarangan pintu 1 Istana Negara hari ini bagi membawakan perkembangan terkini berhubung senario politik tanah air.
Petugas media berkampung di pekarangan pintu 1 Istana Negara hari ini bagi membawakan perkembangan terkini berhubung senario politik tanah air.

Beliau dijangka membuat satu pengumuman khas selepas itu namun tiada sebarang perincian lanjut setakat ini.

Kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu susulan desakan blok pembangkang yang mempertikaikan keabsahan beliau.

Keadaan menjadi lebih panas selepas tujuh tawaran yang dikemukakan Muhyiddin dalam perutusan khas pada Sabtu bagi menyambung hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditolak oleh pembangkang.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, pada Ahad Muhyiddin dilaporkan mengadakan mensyuarat tergempar bersama Ahli Parlimen Bersatu bagi menyatakan hasrat beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!