Anggota Polis Malaysia cuba seludup tenggiling ditahan
SONGKLA - Cubaan seorang anggota polis Malaysia menyeludup 47 ekor tenggiling seberat 228 kilogram bernilai lebih 1 juta baht (RM kira-kira RM128,000) gagal apabila ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sado, di sini, awal pagi ini.
Ketua Kastam Sadao, Siripong Wuttinam berkata, suspek lelaki berusia 27 tahun itu ditahan ketika sedang memandu seorang diri untuk melalui pusat pemeriksaan tersebut untuk masuk ke negara itu.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kereta dipandu oleh lelaki itu menemui sejumlah guni mengandungi tenggiling masih hidup disorok di but kereta tersebut.
Ketika ditahan, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen dan mengakui membawa tenggiling yang diperoleh dari individu di Alor Setar untuk dijual di pekan Sadao sebelum dieksport ke China, katanya.
Beliau berkata lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Nathavi, wilayah Songkla, esok. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!