Ketua jurulatih ragbi Tonga, isteri, dua anak cedera ditikam

Kefu. - Foto News Corp Australia
Kefu. - Foto News Corp Australia
A
A
A

BRISBANE - Ketua jurulatih pasukan ragbi Tonga dan bekas pemain sukan itu yang mewakili Australia, Tautai Kefu cedera parah selepas ditikam oleh beberapa orang penceroboh di rumahnya di Brisbane, menurut laporan-laporan berita pada Isnin.

Kefu yang berumur 47 tahun dan tiga orang lain termasuk isteri, anak lelaki dan perempuannya turut dihantar ke sebuah hospital selepas kejadian tersebut yang berlaku pada awal pagi Isnin apabila beberapa orang menceroboh rumah keluarganya.

Polis tidak mendedahkan identiti penceroboh itu tetapi menurut pelbagai laporan dari Australia menyatakan beliau, isteri dan dua anaknya ditikam di perut.

Keempat-empat mereka dihantar ke Hospital Puteri Alexandra (di Brisbane) untuk mendapatkan rawatan, kata polis dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh AFP.

Pihak berkuasa berkata, seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an cedera serius.

Dua lelaki telah ditangkap dalam kejadian tersebut.

Kefu telah mewakili Australia sebanyak 60 kali dalam tempoh tujuh tahun.

Beliau menjadi ketua jurulatih Tonga pada tahun 2016 sehingga berjaya membawa pasukan itu memasuki Piala Dunia di Jepun pada tahun 2019. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!