Kenderaan Peguam Negara memasuki Istana Negara

Idrus Harun
Idrus Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua kenderaan yang salah satunya dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memasuki Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 10.47 pagi Isnin.

Kenderaan dengan lambang 'Peguam Negara' itu dilihat masuk ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan masih berada di Putrajaya bagi mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet.

Kehadiran Idrus dipercayai sebagai penasihat dalam urusan peletakkan jawatan Muhyiddin berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan kepada media berhubung perkara tersebut.

Kira-kira 100 petugas media masih berkampung di perkarangan pintu 1 Istana Negara bagi menanti kehadiran Muhyiddin yang dijangka tiba pada jam 12 tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: [LAPORAN LANGSUNG] Istana Negara jadi tumpuan lagi

Istana Negara jadi tumpuan lagi

Muhyiddin tiba di pejabat, pengerusikan mesyuarat khas kabinet

Kenderaan Muhyiddin dilihat keluar dari kediaman

Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!