Tak perlu undi tentu keabsahan PM

Dr Teo Kok Seong
Dr Teo Kok Seong
A
A
A

SHAH ALAM - Ilmuan terkenal negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong mencadangkan undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat tidak perlu diadakan dengan baki tempoh Parlimen yang tinggal kira-kira dua tahun lagi.

Malah katanya, dalam keadaan pandemik, bukanlah masa sesuai jika berlaku pertukaran Perdana Menteri.

"Di tengah-tengah usaha rancak kerajaan memerangi pandemik sekali gus memulihkan ekonomi negara, ia tidak akan sesekali membantu rakyat dalam tempoh Parlimen berbaki.

"Saya juga menggesa parti-parti Melayu bergabung kerana kestabilan politik etnik Melayu yang menjadi dominan di negara ini akan memberi kebaikan kepada kaum lain," katanya yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam satu kenyataan pada Isnin.

Muhyiddin sebelum ini mengumumkan satu usul undi percaya akan diadakan pada 7 September depan bagi menentukan keabsahannya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, kedudukannya sebagai perdana menteri dipertikaikan susulan penarikan balik sokongan beberapa ahli Parlimen, seterusnya beliau didakwa hilang majoriti.

Keadaan menjadi lebih panas selepas tujuh tawaran yang dikemukakan Muhyiddin dalam perutusan khas pada Sabtu bagi menyambung hayat kerajaan Perikatakan Nasional (PN) ditolak mentah-mentah oleh pembangkang.

ARTIKEL BERKAITAN:PM sedia hadapi usul undi percaya di Parlimen bulan depan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!