Muhyiddin tiba di Istana Negara, melambai pihak media
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 12.23 tengah hari.
Kenderaan yang membawa beliau diperlahankan ketika tiba di perkarangan Istana Negara dan beliau bertindak melambaikan tangan kepada petugas-petugas media.
Ahli Parlimen Pagoh itu dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung status kedudukan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Sebelum itu, kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tiba lebih awal dilihat keluar daripada Istana Negara pada jam 11.54 pagi.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pula yang tiba pada jam 11.17 pagi masih berada di Istana Negara.
Sebelum itu, kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tiba lebih awal dilihat keluar daripada Istana Negara pada jam 11.54 pagi.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pula beredar dari Istana Negara pada jam 12.38 tengah hari.
[LIVE] Perkembangan terkini di pekarangan pintu masuk Istana Negara, lapor wartawan Sinar Harian, Fahiz Ariff dan jurukamera Yusrizal Yusuf https://t.co/i6SENj6kSZ
— SinarOnline (@SinarOnline) August 16, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!